Asean perlu cari jawapan terhadap kemelut Rohingya

HARAKAHDAILY | .

KEGANASAN kelompok penganut Buddha terhadap masyarakat muslim Rohingya bukan perkara baharu. Ia telah bermula sejak 1970-an dan berterusan sehingga ke hari ini.

Puluhan ribu masyarakat muslim Rohingya telah kehilangan tempat tinggal dan ribuan yang lain dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ultra-nasionalis Buddha pada 2012. Kini, untuk sekian kalinya kekejaman yang sama berulang.

Namun, ironinya, kekejaman yang dilakukan tidak meletakkan mereka sebagai "ekstremis" mahupun "teroris", hanya sekadar "ultra-nasionalis" sepertimana kebanyakan gelaran yang diberikan media antarabangsa.

Setelah penderitaan panjang yang dihadapi masyarakat muslim Rohingya, pendirian Myanmar tidak kelihatan begitu tegas untuk menanganinya. Pemimpin demokrasinya, Aung San Suu Kyi gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Lebih malang lagi, jenayah kemanusiaan pada era moden ini berlaku di dalam wilayah Asean. Di mana maruah pemimpin-pemimpin Asean di saat sekelompok penduduk di dalam wilayahnya menerima penyeksaan demi penyeksaan selama puluhan tahun?

Sudah sampainya tekanan diplomasi diberikan terhadap Myanmar. PAS menggesa seluruh rakyat dan NGO untuk sama-sama bersolidariti bagi menyatakan sokongan moral terhadap masyarakat Rohingya di samping memberikan signal yang jelas kepada Putrajaya mahupun Kedutaan Myanmar sendiri supaya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) /
Ahli Parlimen Pasir Mas – HARAKAHDAILY 13/7/2016

Share on Myspace