Selangor sedia CCTV untuk 70 pangsapuri kos rendah

HARAKAHDAILY | .

PANGSAPURI Kos Rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (Seroja) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV).

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengrusan Bangunan dan Kehidupan Bandar telah memperkenalkan skim ini dalam tahun 2013.

Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami. Seroja bertujuan untuk membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim ini.

RM5,000 akan digunakan untuk memasang CCTV.

Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV.
 
RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Seroja adalah satu lagi program Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu penduduk di perumahan berstrata.

Oleh itu, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa untuk menyertai Seroja dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Khairol (0102433400) / Lt. Kamaruzzaman (0132069522).

Sasaran bagi tahun ini adalah agar 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai Seroja.

DATUK ISKANDAR ABDUL SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar – HARAKAHDAILY 15/7/2016

Share on Myspace