Industri tekstil berkembang pesat di Bangi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Perkembangan pesat perniagaan tekstil di Bangi sejak kebelakangan ini disambut baik ekoran mampu menjana ekonomi penduduk setempat di daerah yang majoritinya penduduk Islam.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Mohd Shafie Ngah berkata, kawasan itu dijadikan lokasi kedua selepas ‘Bandar Fesyen Islam Antarabangsa’ berpusat di Seksyen 7, Shah Alam sebagai tumpuan orang ramai untuk membeli belah produk tekstil.

Katanya, warga Bangi mengalu-alukan kehadiran banyak perniagaan tekstil di situ terutama berorientasikan pakaian Melayu dan Islam.

“Bangi mempunyai banyak ruang dan potensi untuk itu, lebih-lebih lagi kawasan ini dihuni penduduk hampir 100,000 orang dengan majoritinya adalah Melayu dan Islam,” katanya dipetik SelangorKini.

Pada masa sama, beliau turut berharap para peniaga mampu bersaing secara sihat sekali gus memberi manfaat kepada pengguna dalam keadaan harga barang semakin mahal.

Bangi kian popular dalam kalangan penggemar fesyen Islam apabila semakin banyak perniagaan tekstil dibuka dengan menawarkan pelbagai pilihan.

Share on Myspace