Barzakh lebih lama daripada dunia

ALANG IBN SHUKRIMUN | .

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

Setelah wujudnya suatu peningkatan yang memungkinkan dakwah dilakukan secara lebih ke depan dan berterang-terangan, maka turunlah firman Allah SWT:

وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ ﴿٢١٤﴾ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢١٥﴾ فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٢١٦﴾ وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ ﴿٢١٧﴾

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. (214) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (215) Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!" (216) Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (217). [As-Shuara:214-217]

Di dalam surah ini, Allah mengisahkan tentang peringkat-peringkat perjuangan Nabi Musa AS bermula dari dipilih menjadi Rasul. Ianya sebagai contoh betapa dakwah ini bakal mengalami tuduhan, fitnah, dan tekanan apabila dinyatakan secara terang-terangan.

Dari aspek lain pula, surah ini mengandungi kisah akibat dari penentangan yang dilakukan oleh kaum terdahulu terhadap Islam yang diperjuangkan nabi-nabi mereka seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, Ad, kaum Nabi Ibrahim, Thamud, Ashabul Aikah. Ia sebagai amaran kepada mereka yang mahu menghalang perjuangan menegakkan Islam.

Nabi Nuh berjuang 950 tahun. Yang peluk Islam dikatakan 20 orang atau 80 orang sahaja. Allah sengaja menjadikan perjuangan Islam di dunia ini panjang dan susah. Tujuannya adalah untuk memberikan pahala yang banyak untuk alam barzakh dan akhirat.

Jika dibandingkan dengan alam lain, kehidupan dunia ini hanya sekejap sahaja. Nabi Nuh hidup di alam ini 1,000 tahun sahaja. Di alam barzakh lebih lama. Sudah berapa ribu tahun dia wafat? Hidup akhirat lagi lah lama. Justeru jangan risau perjuangan kita di alam ini sentiasa susah kerana ia sekejap sahaja.

Masjid Rusila
10 Syawal 1437 / 15 Julai 2016

Share on Myspace