Hamas ucap selamat kepada Turki, kudeta tentera gagal

HARAKAHDAILY | .

Harakat al-Muqāwama al-Islāmiyyah (Hamas) hari ini mengucapkan selamat kepada rakyat Turki dan kepimpinannya yang sah atas kemenangan mereka melawan rampasan kuasa tentera.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Hamas mengutuk usaha rampasan kuasa tentera di Turki dan memberi ucapan selamat yang tulus kepada rakyat dan kepimpinan terpilih Turki yang dipimpin oleh Presiden Recep Erdogan.

"Ini adalah kemenangan bagi demokrasi, kebebasan dan kestabilan," kata kenyataan Hamas, seperti yang dilaporkan oleh Palestinian Information Center.

Kenyataan Hamas juga memuji kedudukan Turki dalam menyokong rakyat Palestin terutama usaha Turki untuk menamatkan pengepungan terhadap Jalur Gaza.

Sebelumnya pada Sabtu dinihari, rampasan kuasa tentera Turki berjaya digagalkan selepas beratus-ratus ribu rakyat Turki menjawab panggilan Erdogan untuk turun ke jalan raya untuk menyokong dirinya. [Islampos]

Share on Myspace