Eropah tolak usaha kudeta tentera Turki

HARAKAHDAILY | .

Presiden Majlis Eropah menolak usaha rampasan kuasa tentera di Turki.

"Setiap usaha untuk menggulingkan para pemimpin yang terpilih secara demokratik terutama di negara Majlis Eropah, tidak boleh diterima," kata Thorbjørn Jagland menerusi akaun Twitternya.

Kerajaan Jerman juga bertindak balas terhadap usaha penggulingan kerajaan Turki.

"Demokrasi Turki harus dihormati," kata Steffen Seibert, jurucakap Perdana Menteri Jerman Angela Merkel.  

Beliau berkata Berlin menyokong kerajaan yang dipilih secara demokratik di Turki.

Ketua dasar luar negara Kesatuan Eropah, Federica Mogherini mengimbau tentera Turki untuk menahan diri dan menghormati institusi demokrasi di Turki.

Menteri Luar Negeri Inggeris yang baru dilantik, Boris Johnson juga menyuarakan kebimbangan. (Islampos)

Share on Myspace