Semoga Turki terus pacu kemajuan, bawa sinar baharu

HARAKAHDAILY | .

Alhamdulillah, rampasan kuasa di Turki gagal oleh pengkianat dan musuh dalam selimut. Nampaknya musuh tidak izinkan benih Islam nampak segar tumbuh di bumi Turki.

Pada hal Presiden Recep Tayyip Erdogan menggunakan pendekatan yang cukup demokratik, lunak dan tolerate sesuai dengan realiti masyarakat di sana.

Namun tetap dimusuhi, kerana mereka tahu bahaya untuk mereka. Mereka tidak mahu lihat benih dan saki baki Khilafah Othmaniah bangkit balik. Inilah nasib Islam yang akan diburu di mana-mana tempat. Mereka tidak akan izin keadilan Islam ditunjukkan.

Sudah tentu ada dalang di sebalik percubaan rampasan kuasa yang tidak menghormati pilihan rakyat. Mereka merancang, tetapi perancangan Allah mengatasi mereka.

Tahniah kepada rakyat Turki bersama dengan pemimpin negara untuk mempertahankan kuasa yang sah.

Mereka sayang kepada pemimpin yang cakna kepada kehidupan mereka. Mereka yang terlibat mesti dibawa ke pengadilan untuk dihukum dengan setimpalnya.

Semoga Turki terus memacu kemajuan untuk membawa sinar baharu.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
12 Syawal 1437 / 17 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 17/7/2016

Share on Myspace