Media pro-tentera Mesir lapor kudeta Turki berjaya

HARAKAHDAILY | .

MEDIA pro-angkatan bersenjata di Mesir terburu-buru menyambut baik penggulingan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang ternyata berakhir dengan kegagalan, VOA melaporkan.

Sebahagian daripada media yang pro-angkatan bersenjata di Mesir secara serampangan memuatkan laporan mengenai usaha rampasan kuasa di Turki, dengan menyatakan rampasan kuasa itu berjaya dan menyambut baik penggulingan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Paling sedikit 3 akhbar memuat headline hari Sabtu semalam (16/7/2016) yang menyatakan bahawa angkatan bersenjata Turki telah menggulingkan Erdogan.

Namun, menjelang edisi cetak terbit, kerajaan Turki sudah berjaya menumpaskan rampasan kuasa selepas tembak-menembak yang mengorbankan puluhan orang.  

Sementara perkembangan selanjutnya, penyiar terkenal televisyen Mesir, Ahmed Moussa menyatakan "ini bukan sebuah rampasan kuasa tentera, melainkan revolusi di dalam angkatan bersenjata Turki".

Moussa adalah penyokong kuat penggulingan Presiden Muhammad Mursi pada 2013 oleh tentera Mesir.

Erdogan sendiri mengecam keras penggulingan Mursi, dan hubungan antara Ankara dengan Kaherah menjadi tegang sejak rampasan kuasa tersebut. [Islampos]

Share on Myspace