Warga Palestin rayakan kegagalan kudeta Turki

HARAKAHDAILY | .

Beratus-ratus orang turun ke jalanan di sepanjang Jalur Gaza, mereka merayakan kegagalan rampasan kuasa yang dilakukan oleh puak pemberontak tentera Turki, lapor World Bulletin, semalam.

"Dengan sokongan rakyatnya, Turki telah muncul sebagai pemenang," kata Mohamed Ashour, warga Gaza.

Bandar Khan Younis, sebelah selatan Jalur Gaza, menjadi titik utama perayaan kegagalan rampasan kuasa. Ratusan warga Palestin mengibarkan bendera Turki dan Palestin, mereka menyuarakan sokongan kepada kerajaan terpilih Turki.  

Beberapa kain rentang yang dikibarkan bertuliskan "Gaza tidak akan melupakan mereka yang berdiri teguh", sebuah penghargaan terhadap sokongan kerajaan Turki selama ini untuk warga Gaza.

Sementara itu di Lubnan, beratus-ratus orang menunjuk perasaan di bandar Sidon, merayakan kegagalan rampasan kuasa di Turki.

Dengan mengibarkan bendera Turki para demonstran berkumpul di luar hospital Turki, menyuarakan sokongan kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan serta pemerintahannya. [Islampos]

Share on Myspace