PAS kutuk insiden cubaan rampasan kuasa di Turki

HARAKAHDAILY | .

PAS mengutuk  cubaan rampasan kuasa oleh segelintir anggota tentera untuk menjatuhkan kerajaan Turki yang dipilih secara sah melalui proses demokrasi pimpinan AK Party. PAS menggesa semua pihak di Turki untuk menghormati dan mendukung proses demokrasi, bertindak mengikut lunas undang undang dan tidak bertindak sehingga menimbulkan  keadaan huru hara.

PAS berdiri teguh bersama hasrat rakyat Turki yang telah memilih kerajaan melalui proses demokrasi yang  sah.

PAS merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam tragedi rampasan kuasa ini,  ahli keluarga,  pemimpin dan seluruh rakyat Turki.

PAS menyokong kepimpinan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, untuk memperkukuhkan demokrasi dan kuasa rakyat dan berdoa semoga beliau terus dapat memimpin Turki dengan cemerlang.

PAS juga menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Turki dan rakyat Malaysia yang berada di Turki.

“BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN”

ABDUL HADI AWANG
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
12 Syawal 1437 / 17 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 17/7/2016

Share on Myspace