Khairul Idham muncul juara Moto3 GP Jerman

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi yang mewakili Honda menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring, hari ini.

Kemenangan itu adalah yang kedua buat pelumba berusia 17 tahun itu selepas muncul juara pada Grand Prix Argentina, April lalu.

Menamatkan perlumbaan 27 pusingan dalam masa 47’07.763, pelumba yang mendapat jolokan Super KIP turut mencatat masa terpantas pada pusingan kelima 1’42.544 dengan kelajuan purata 128.8 km/j.

Pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu mengucapkan syukur Alhamdulillah dan berterima kasih kepada pasukan kerana sentiasa bekerja keras untuk beliau.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi pelumba Itali, Andrea Locateli dan Enea Bastianini.

Share on Myspace