RUU 355: Satu peluang untuk mendidik rakyat

NAZIRAH NASRUN | .

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang 355 harus dijadikan sebagai suatu peluang mendidik untuk rakyat.

Pengerusi Kongres Rakyat Mohd Azmi Abdul Hamid berkata demikian dalam majlis Himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri Al-Mubarak yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur tadi.

Beliau turut menekankan tentang undang-undang syariah negara yang harus diberi perspektif baharu.

Turut berucap dalam majlis tersebut itu adalah Pengerusi Sekretariat Ummat Tuan Haji Aminuddin Yahya.

Sebanyak 65 NGO termasuk muslimah telah mendaftar hadir. – HARAKAHDAILY 17/7/2016

Share on Myspace