Syariat Islam ada perhitungan dosa dan pahala

NAZIRAH NASRUN | .

KUALA LUMPUR: Syariat Islam mempunyai roh serta perhitungan dosa dan pahala yang tidak ada dalam undang-undang Barat.

Demikian antara intipati ucapan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam majlis Himpunan NGO-NGO Islam sempena Aidilfitri Al-Mubarak yang berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur tadi.

Beliau turut menyempurnakan Gimik pelancaran Facebook (FB) Kempen Sokong Pinda Akta 355. Laman media sosial tersebut terbuka untuk sesi perbincangan, makluman aktiviti bertujuan memahamkan orang ramai, kronologi parlimen berkenaan mahkamah syariah yang telah disempurnakan dan perkara-perkara berkaitan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Presiden Kongres Rakyat Cikgu Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Sekretariat Ummat Tuan Haji Aminuddin Yahya dan YDP Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM) Dr. Yusri Mohammad. - HARAKAHDAILY 17/7/2016

Share on Myspace