Bekas pelajar Pasti juara Qari Junior TV3

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Bekas pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Muaz Bin Jabal Kampung Kota muncul johan pertandingan akhir Qari Junior anjuran TV3 malam tadi.

Ahmad Naufal Fauzi muncul sebagai juara Qari Jr Musim ke-5 TV3 yang disiarkan secara langsung.

Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari merakam ucapan tahniah kepada Naufal di atas kejayaan menjuarai pertandingan tersebut.

“Semoga menjadi kempen kesedaran kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak menghafal al-Quran,” katanya di sini.

Naufal sekarang belajar darjah enam di Sekolah Kebangsaan Tiong dekat sini menggondol hadiah utama sebanyak RM10,000. Tempat kedua RM5,000 dan ketiga – RM3,000.

Ahmad Fadhli yang juga Pengarah Urusetia Belia dan Sukan negeri turut merakam ucapan tahniah kepada seorang bekas pelajar Pasti di Kampung Gajah, Perak kerana memenangi kali kedua Moto3 Grand Prix Jerman semalam.

Katanya Khairul Idham Pawi sekali lagi muncul sebagai juara perlumbaan motosikal peringkat dunia. Sebelum itu beliau menjuarai perlumbaan di Argentina. – HARAKAHDAILY 18/7/2016

Share on Myspace