Kisah saksi kudeta tentera dari seorang jeneral Turki

HARAKAHDAILY | .

Menjadi salah satu tokoh penting tentera yang berjaya menggagalkan rampasan kuasa pada Jumaat malam 15 Julai kelmarin, Ketua Staf Umum Tentera Turki, Hulusi Acar, mendedahkan detik-detik penangkapan dan pengasingan dirinya menjelang peristiwa rampasan kuasa tentera.

"Sejumlah anggota tentera pro-kudeta mendatangi saya pada Jumaat petang dan memaksa menandatangani serta membacakan kenyataan rampasan kuasa," ujar Hulusi Acar dalam satu kenyataan ketika mendatangi Bangunan Parlimen Turki, semalam.

Jeneral Hulusi Acar selanjutnya berkata: "Di bawah todongan senjata kumpulan pro-kudeta cuba meyakinkan saya bahawa jika saya bersetuju dengan mereka, maka keselamatan saya akan terjamin".

Jeneral Hulusi Acar menjelaskan bahawa kumpulan pro-kudeta menahan dirinya dan beberapa pegawai tentera lain yang tidak menyokong usaha rampasan kuasa di sebuah pangkalan tentera di ibu negara Ankara dan mensolasi mereka tanpa makanan dan air selama 10 jam. (Eramuslim)

Share on Myspace