Duta besar Israel mula bertugas kembali di Mesir

HARAKAHDAILY | .

David Govrin, duta besar Israel yang baru dilantik untuk bertugas Mesir, tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada hari Ahad (17 Julai). Govrin akan memulakan misi diplomatik.

Govrin menukar Haim Koren, yang berkhidmat sebagai duta besar Israel di Kaherah selama dua tahun.

Mesir adalah negara Arab pertama yang mengiktiraf Israel selepas menandatangani perjanjian damai tahun 1979.

Pada 2012, bekas Presiden Mohamed Mursi menarik duta Mesir dari Israel sebagai bantahan serangan Israel di Jalur Gaza yang dikepung.

Tetapi tahun lalu, Presiden Abdel-Fattah al-Sisi, yang mengetuai penggulingan Mursi memutuskan untuk menghantar seorang duta besar baru untuk Israel.

Minggu lalu, Kementerian Luar Negeri Mesir, Sameh Shoukry melakukan lawatan ke Israel selepas putus hubungan sejak tahun 2007 untuk melakukan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengenai proses perdamaian Timur Tengah. [Islampos]

Share on Myspace