Konsert Selena Gomez: Merdekakah kita?

FAUZIAH BIDIN | .

HARI ini kita digemparkan dengan pengumuman konsert artis Barat berimej seksi dan liar, Selena Gomez.

Sedang seluruh umat Islam merayakan bulan kemenangan Syawal yang mulia, kita diusik lagi ada pihak yang mahu mencemar kemeriahan Syawal.

Sejak 1957, negara merdeka, dan kita semua tidak mahu sebarang bentuk idealogi atau minda penjajah masuk ke negara ini sama ada melalui hiburan mahupun budaya.

Bagaimana tamaddun bangsa kita?

Sebagai sebuah negara yang bebas merdeka sewajarnya mempunyai kehidupan yang maju dari segi ilmu, ekonomi, budaya serta kerohanian yang berteraskan nilai kepercayaan agama yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Apatah lagi negara kita mengangkat agama rasmi adalah Islam.

Medeka juga seharusnya mempunyai identiti yang melambangkan pencapaian pengetahuan manusia tentang seni, moral, undang-undang dari kebangkitan dan kemasukan budaya asing yang boleh meruntuhkan akhlak dan kejatuhan tamudun itu sendiri.

Kebanjiran teknologi yang kian maju meluaskan kemasukan budaya khususnya seni hiburan. Minat masyarakat terhadap seni memudahkan kemasukan seni hiburan dari dunia luar menapak dan melingkari pemikiran hingga mencetus fenomena dan ledakan.

Kemasukan budaya anasir Barat tanpa kawalan dari kerajaan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

 Agenda untuk menjatuhkn maruah anak bangsa tercapai.

Cenderung kepada maksiat, pergaulan bebas, alkohol, dadah, pil khayal akan berlaku.

Tidak cukupkah insiden yang berlaku beberapa tahun dahulu, satu konsert yang membawa mala petaka kepada negara, ramai yang mati, dan paling malang sebahagiannya adalah anak Melayu.

Penganjur sudah pasti memberi pelbagai alasan namun yangg pasti timbul perkara kemungkaran dalam berpesta. Yang pergi bukan bangsa lain peminat muzik.

Kini kembali.
Konsert berskala Mega. Selena Gomez.
Dijadual berlangsung pada 25 julai ini. Jualan tiket bermula April melalui on line.
Konsert yang dinamakan The Revival Tour ini telah menjelajah bermula di Amerika dengan membawa artis terkenal dunia.

PR Worldwide adalah pihak yang bertanggungjawab membawa konsert di Malaysia.

Syarikat ini terkenal dengan pengajuran beberapa konsert artis antarabangsa. Antara artis luar negara yang dibawa masuk antaranya Kylie Minogue, Alicia Keys, The script dan lain-lain. Beribu pejabat di Amcorp Trade PJ.

Sambutan konsert yang dianjurkan luar biasa. Mereka mendapat kepercayaan bagi penganjuran mega konsert internasional.

Sistem penjualan tiket secara on line memudahkn urusan penjualan serta promosi hanya di laman sosial tanpa disedari membutakan mata masyrakat dengan penganjuran konsert tersebut. Untuk tahun 2015 lebih 2 konsert besar telah diadakan.

Kerajaan sudah pastinya mengaut keuntungan hasil kemasukan artis antarabangsa. Tidak mustahil konsert ini diluluskan dengan mudah.

DMPM berkeras dengan apa jua penganjuran konsert hiburan artis luar negara yang boleh menjejaskan budaya, akhlak anak bangsa yang boleh menjejaskan imej negara yang bertamadun.

Kita tidak menolak seni dan hiburan tetapi biarlah membina bukan meruntuhkan akhlak anak bangsa. - HARAKAHDAILY 18/7/2016

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Share on Myspace