Sg Kedondong: Exco jawab fitnah tidak ambil tindakan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah mesyuarat Exco pada 13 Julai bersetuju agar notis pengosongan untuk penduduk di tebing Sungai Kedondong dilanjutkan untuk tiga bulan lagi," kata Datuk Iskandar A Samad.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Negeri Selangor itu, notis asal 12 Mei, surat peringatan 30 Jun.

Katanya, satu mesyuarat telah diadakan dengan saya sebagai pengerusi pada 15 Julai lepas di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Sgor (LPHS) dihadiri oleh ADN Paya Jaras, Khairuddin Othman, JD JPS Petaling, Pejabat Tanah Petaling, MBPJ, LPHS dan Pegawai Dasar Exco Infra.

Tambahnya, satu mesyuarat susulan akan diadakan pada 29 Julai untuk menentukan berapa bangunan yang terlibat dengan working corridor projek mengatasi banjir itu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, perlu dibezakan di antara river reserve dan working corridor.

"Jika menurut river reserve ada lebih 150 struktur bangunan terlibat. Satu penyelesain menang-menang perlu dicari. Working corridor boleh dibincang dengan kontraktor," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 19/7/2016

Share on Myspace