Dikudeta, Erdogan tetap hantar bantuan ke Gaza

HARAKAHDAILY | .

Pada Ahad, 17 Julai 2016 sebanyak 25 trak bantuan kemanusiaan dari Turki kembali masuk ke Jalur Gaza melalui pintu perlintasan Kerem Abu Shalom milik Zionis Israel, seperti yang dilaporkan oleh Anatolia dari Pengarah Imigresen Palestin, Munir Ghalban.

"Gelombang ketiga bantuan kemanusiaan dari Turki mengandungi bahan-bahan makanan, termasuk tepung, gula, dan beras," ujar Munir Ghalban.

Sementara itu Timbalan Kementerian Sosial Palestin di Jalur Gaza, Youssef Ibrahim, dalam keterangan berasingan menyampaikan rasa terima kasih yang sebesar-besarnya kepada Kerajaan Erdogan yang tetap memperhatikan Gaza di tengah kestabilan keamanan Turki akibat rampasan kuasa tentera pada akhir minggu kelmarin.

Tercatat sejak satu bulan ini sudah 154 trak kontena yang telah dihantar Kerajaan Turki ke Jalur Gaza hingga Ahad malam.

Perlu diingat bahawa normalisasi hubungan damai Turki-Zionis Israel membolehkan kerajaan Erdogan untuk menghantar bantuan kemanusiaan dan bahan bakar serta elektrik ke Semenanjung Gaza. (Eramuslim)

Share on Myspace