Bencana: Semuanya kerja Allah, jangan angkuh

HARAKAHDAILY | .

Banjir, ribut, tsunami, gempa bumi, kebakaran, kemarau semuanya kuasa Allah. Manusia boleh merancang, tetapi ilmu Allah lebih hebat daripada ilmu manusia.

Allah tidak larang manusia merancang untuk menghadapi bencana ini. Jika berlaku juga adalah hikmah yang tersurat dan tersirat.

Sebelum ini negara dilanda dengan kemarau panjang dan panas terik. Hari ini sudah mula hujan. Setengah daerah di Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur banjir.

Kita simpati dan berdoa agar mereka bersabar atas apa yang menimpa.

Cuma pesanan saya jangan pula apabila banjir di Kelantan ada orang angkuh menuduh Kelantan tidak pandai uruskan banjir. Seolah-olah macam tidak ada kerajaan.

Inilah tuduhan angkuh kepada Kelantan ketika banjir pada penghujung tahun 2014. Marah kepada PAS, jangan lupa ini semua kerja Allah SWT.

Orang angkuh selalunya Allah balas secara "cash" untuk menyedarkan diri dan supaya jangan celupar dan angkuh. Sifat angkuh semua agama dan bangsa tidak boleh terima.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
14 Syawal 1437 / 19 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 19/7/2016

Share on Myspace