Parlimen Turki desak Erdogan kembali mohon hukuman mati

HARAKAHDAILY | .

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan dirinya akan menyokong setiap keputusan yang diambil Parlimen Turki mengenai hukuman mati terhadap pelaku dan mereka yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa tentera pada Jumaat, 15 Julai lalu.

Kenyataan ini dilontarkan Erdogan dalam ucapannya di tengah kerumunan masyarakat di bandar Istanbul, Turki, pada Isnin (18/07) malam, bertindak balas terhadap kembalinya wacana hukuman mati di Turki selepas rampasan kuasa tentera kelmarin.

"Beberapa negara masih melaksanakan hukuman mati, termasuk Amerika Syarikat, Rusia dan China. Dan Parlimen adalah tempat yang betul untuk membuat keputusan di antara parti-parti politik mengenai hukuman mati. Keputusan apapun yang diambil saya akan bersetuju," ujar Erdogan di hadapan massa.

Menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003, pada tahun 2004 Erdogan dan AKP boleh terus menghapuskan hukuman mati yang dilaksanakan Kerajaan Turki semenjak era rejim Mustafa Kamal Ataturk.

Erdogan sendiri akan membincangkan kesan daripada usaha rampasan kuasa pada hari Rabu esok, bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara Turki dan Kabinet.

Pasca kegagalan rampasan kuasa Jumaat malam, Erdogan dengan pasukan setia kerajaan akan melakukan usaha bersih-bersih di tubuh tentera dari sisa penyokong pro-kudeta. Tercatat sudah 8,000 pasukan Turki yang telah ditangkap pihak berkuasa dengan tuduhan mengkhianati negara. (Eramuslim)

Share on Myspace