PAS perkukuh blok ke-3 hadapi PRU14

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: PAS kini sedang memperkukuhkan lagi blok ketiga pembangkang sebagai persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dijangka diadakan tahun hadapan.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Abdullah berkata beberapa program telah diatur bersama parti gabungan sebagai persiapan menghadapi PRU.

“Kita juga sedang mengukuhkan hubungan sesama parti dalam gabungan ini di samping menyusun strategi bersama,” katanya di sini.

Pelbagai pihak sebelum ini meramalkan PRU14 diadakan lebih awal selepas BN mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

Situasi itu bertambah menyakinkan lagi memandangkan DAP juga mengumumkan penangguhan pemilihan parti tersebut.

“Menang dan kalah itu  soal lain kerana ketentuan daripada Allah SWT. Namun kita sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya bersama blok ketiga,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 20/7/2016

Share on Myspace