Bantahan konsert Selena Gomez diteruskan

HANAFI ZULKAPLI | .

SETELAH Bantahan demi bantahan Dari Dewan Pemuda Pas Malaysia dan hari ini, Bantahan secara bersama Dewan-Dewan PAS Selangor telah di serahkan memorandum kepada Pihak YAB Menteri Besar Selangor agar mendapat perhatian daripada pihak Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Program Konsert ini diteruskan.

Program yang akan berlansung pada 25 Julai 2016 ini, masih lagi memberi ruang kepada semua pihak tampil menyatakan bantahan terhadap aktiviti yang boleh merosakkan moral dan akhlak generasi pelapis anak-anak Selangor.

Dewan Pemuda PAS Selangor amat yakin, sekiranya suara rakyat yang cintakan kesejahteraan dalam negeri Selangor berterusan menyatakan bantahan terhadap Konsert ini, maka sudah pasti Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil perhatian.

Nabi pernah bersabda:

عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان . رواه مسلم

Sesiapa yang dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubah dengan tangan (Kuasa), jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan lidah, jika kamu tidak mampu, ubahlah dengan hati (bertindak memberi respon kebencian terhadap kemungkaran itu).

Jesteru itu, Dewan Pemuda PAS Selangor menyarankan semua pihak tampil khususnya pihak NGO, komuniti masyarakat, Surau-Surau dan Masjid-masjid menyatakan bantahan terhadap Konsert yang melalaikan ini kepada pihak PBT dan kerajaan negeri Selangor. – HARAKAHDAILY 22/7/2016

Penulis ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Share on Myspace