Lagi bantahan konsert Selena Gomez

HARAKAHDAILY | .

SATU konsert penyanyi popular dan seksi dari Amerika Syarikat,  Selena Gomez akan diadakan pada 25 Julai ini di Stadium Melawati Shah Alam. Konsert yang telah mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam &dan juga kerajaan Negeri Selangor.

Urusan Ulamak Gombak membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert berkenaan atas beberapa sebab:

i.Konsert ini berlangsung pada saat Umat Islam di Malaysia masih lagi meraikan Bulan Syawal yang mulia ini.
ii. Konsert ini langsung tidak memberi sebarang manfaat dari sudut kebaikan dalam masyarakat malahan membawa kepada keruntuhan akhlaq dan moral kepada mereka yang hadir.
iii.Kita sudah membina satu persekitaran yang Baik di Negeri Selangor dan kita tidak mahu dengan penganjuran konsert ini dibimbangi  boleh mengundang bala dan azab Allah.

Sehubungan dengan itu Urusan Ulamak Gombak menyokong serahan memorandum kepada kerajaan negeri yang telah dibuat oleh Pimpinan Dewan Ulamak PAS Selangor pada hari Rabu yang lepas.

Urusan Ulamak Gombak juga menyokong kenyataan tegas dan berani yang telah dibuat oleh Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Dr Ahmad Yunus dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada kebaikan pun konsert tersebut untuk masyarakat Islam. Penampilannya yang bertentangan syariat Islam di luar tetap akan memberi kesan kepada generasi muda.

Sehubungan dengan itu Urusan Ulamak Gombak menyeru kepada seluruh Umat Islam khususnya di Seluruh Gombak bagi menganjurkan solat hajat selepas solat Jumaat nanti bagi memohon kepada Allah Ta'ala agar diselamatkan bumi Selangor daripada musibah dan bala bencana akibat penganjuran konsert yang berkenaan.

USTAZ RAHIM NASIR
Ketua Urusan Ulamak Gombak
17 Syawal 1437H
22 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 22/7/2016

Share on Myspace