Tuan Guru Salleh Musa kembali ke rahmatullah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik, Tuan Guru Haji Salleh Musa, 87, telah kembali ke rahmatullah pada jam 8.15 malam ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman facebook beliau.

"Berita lain kami akan maklumkan setelah mesyuarat dengan Syeikh Muslim waris TGH Salleh. Sedekahkan Fatihah dan bacaan quran kepada guru kesayangan kita," tulisan daripada facebook itu dipetik.

Tuan Guru Haji Salleh merupakan tokoh ulama yang makruf di seluruh Nusantara. Beliau alim ilmu Turath, tokoh ulama tauhid.

Beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Pendakwah Kedah pada 2009, Tokoh Guru Pondok Kedah (2010) dan Tokoh Ilmuan Daerah Sik (2011).

Perjuangan Tuan Guru amat jelas dan tegas. - HARAKAHDAILY 22/7/2016

Share on Myspace