2 kali juara Moto3 bukan nasib semata-mata

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi berkata kejayaannya meraih pada Kejohonan Motosikal Dunia di Jerman dan Argentina bukan atas faktor nasib semata-mata.

Memetik laporan Bernama, beliau mengakui bukan senang muncul juara dalam satu-satu perlumbaan, apatah lagi terpaksa bersaing dengan pelumba-pelumba yang lebih hebat.

Menurutnya, perlumbaan amat sukar dan bukan senang hendak menang sama ada di litar basah atau kering.

"Kemenangan ini adalah rezeki saya, saya bersyukur," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi.

Pelumba berusia 17 tahun itu yang mewakili Honda menjuarai Moto3 Grand Prix Jerman di Sachsenring pada 17 Julai lalu.

Kemenangan itu adalah yang kedua buat pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu selepas muncul juara pada Grand Prix Argentina, 3 April lalu. - HARAKAHDAILY 23/7/2016

Share on Myspace