Tok Guru, tunggu kami di sana...

HARAKAHDAILY | .

Terlalu sedih hati ini dengan pemergian Tok Guru Haji Salleh buat selama-lamanya. Banyak jasanya buat diri ini dan ummah. Bukan niat menghabiskan air mata pagi ini, tetapi ia mengalir deras tanpa diminta walau beberapa kali cuba disekat tetap gagal.

Ketika PRU13, saya tidak mampu meneruskan siri kempen yang diatur oleh pihak jamaah, badan saya terlalu lemah dan tak bermaya, beberapa orang cuba merawat, terasa semakin tak bermaya. Akhirnya, Tok Guru Haji Salleh bantu merawat, dengan izin Allah saya kembali sembuh seperti sedia kala. Alhamdulillah... Terima kasih baba..

Tok Guru seorang yang baik hati, suka tolong orang, seorang yang peramah, mudah mesra dengan sesiapa pun. Tok Guru kerap mengulang-ulang cerita setiap kali bertemu dengannya.

Ketika saya belajar di Makkah, tok guru saya pesan: "balik Malaysia nanti carilah jamaah yang dianggotai dan dipimpin ulama paling ramai. Jamaah tu yang benar," maka saya pilih untuk menyertai PAS.

Walau kuat ribut melanda, walau hebat dugaan menimpa, Tok Guru tetap istiqamah bersama perjuangan PAS hingga akhir hayatnya. Selamat tinggal Tok Guru. Bahagialah kau di sana bertemu dengan kekasihmu yang kekal abadi.

 قَالَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ : إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا . رواه البخاري

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus dari para hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan para ulama, sehingga ketika tidak tersisa lagi seorang alim, maka manusia akan menjadikan orang-orang bodoh sebagai pemimpin, lalu mereka ditanya, kemudian mereka akan memberikan fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat lagi menyesatkan orang lain. (HR Al-Bukhari)

Ketahuilah, kami semua sayang tok guru.. Tunggu kami di sana yer..

Coretan air mata:
Akmal Kamarudin
Batu Kurau, Perak.
18 Syawal 1437/ 23 Julai 2016 - HARAKAHDAILY 23/7/2016

Share on Myspace