Turki tidak hanya penting bagi warga negara Turki

HARAKAHDAILY | .

"Turki adalah pelopor Muslim, mereka menunjukkan kebesarannya minggu lalu ketika menggagalkan usaha rampasan kuasa berdarah," kata Rifat Fejzic, ketua Kesatuan Islam Montenegro, lapor World Bulletin, semalam.

"Turki tidak hanya penting bagi warga negara Turki," kata Fejzic.

"Saya yakin jika Turki merupakan negara yang penting bagi umat Islam dunia. Solat telah membantu mereka. Turki diberkati Allah. Orang-orang Turki menunjukkan betapa hebatnya mereka pada malam 15 Julai, semasa rampasan kuasa bermula dan dengan cepat digagalkan."

Fejzic menambah, pada masa rampasan kuasa berlaku, Muslim Montenegro menggesa diadakan solat dan berdoa di masjid-masjid memohon bantuan daripada Allah. Hal sama juga mereka lakukan ketika rampasan kuasa berjaya digagalkan sebagai bersyukur, berterima kasih kepada Allah.

"Turki adalah bangsa yang besar dengan tradisi besar, mereka menunjukkannya selama percubaan rampasan kuasa tentera yang gagal," kata Fejzic.

Kesatuan Islam Montenegro pada Jumaat lalu menyeru doa bersama di semua masjid, mendoakan mereka yang syahid pada usaha rampasan kuasa itu.

Montenegro merdeka dari Serbia lebih daripada 10 tahun lalu, Islam menjadi agama kedua terbesar di negara itu. [Islampos]

Share on Myspace