Campur tangan asing, jangan fitnah PAS

HARAKAHDAILY | .

TAK habis-habis hendak fitnah kepada PAS. Terbaru kata PAS bela DS Najib kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu.

PAS hanya mengingatkan sahaja, kita tidak mahu Amerika menjadikan isu pendedahan DOJ menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara. Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam.

Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan al-Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara.

Mengenai pendedahan DOJ, sila  bertindak  kepada individu yang terbabit. Pihak berkuasa negara wajib memberikan kerjasama untuk selesaikan isu ini jika pihak DOJ mahu individu terbabit dihadapkan ke perbicaraan nanti.

Ini  proses keadilan biasa di dalam mana-mana negara. Rakyat Amerika melakukan kesalahan di negara ini, mereka dihukum mengikut undang-undang di negara ini. Jangan mangsakan negara dan rakyat yang lain.  Kamu buat, kamu mesti bertanggungjawab.

Penentangan PAS mengenai isu TPPA adalah asas yang sama. Tidak mahu negara luar menguasai khazanah negara. Tidak mahu penjajahan ekonomi. Jangan pula penyokong Umno hendak membela isu pendedahan DOJ dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, Umno/BN menyokong kuat.

Ketika TPPA dibentang di parlimen, ada pemimpin parti pembangkang yang lain puji kebijaksanaan Datuk Mustafa Muhammad kerana bijak menerangkan TPPA. PAS tak tuduh parti tersebut hendak UG dengan BN. PAS tidak tuduh parti mereka pertahankan Najib. Tidak letak parti mereka di blok BN. PAS tidak tuduh mereka proksi Amerika. Itu hak masing-masing. PAS matang, rasional dan tidak emosi.

Terpulanglah hendak tuduh dengan berbagai gelaran yang tidak enak didengar kepada PAS. Biar rakyat menjadi saksi. Terpulanglah kepada mereka. Biarlah mereka tulis macam-macam sementara tangan boleh bergerak. Tangan dia kaku dia berhentilah. PAS bukan boleh larang. Kebebasan masing-masing, mungkin beliau yakin akan menjadi amalan untuk dibawa bertemu Allah SWT, sila teruskan.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
Ahli Parlimen Bukit Gantang
19 Syawal 1437/24 Julai 2016 – HARAKAHDAILY 24/7/2016

Share on Myspace