Ceria: RM33.3 juta baik pulih pangsapuri kos rendah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Penduduk yang memohon peruntukan membaikpulih kediaman mereka di bawah Skim Baikpulih Negeri Berkebajikan atau Ceria boleh menyemak status permohonan mereka pada laman web Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, penduduk boleh membuat semakan status terus tanpa perlu bertanya kepada JMB atau MC.

“Sebelum ini terdapat penduduk tidak diberitahu JMB dan MC status permohonan mereka dan akhirnya ada yang menyalahkan kerajaan negeri,” katanya dipetik SelangorKini.
 
Menurutnya, sejak 2012, sebanyak 171 kawasan pangsapuri kos rendah dibaikpulih di bawah Ceria melibatkan RM33.3 juta dengan kerja di 44 kawasan sedang dilaksanakan.

Share on Myspace