Ulama meninggal sukar dicari ganti

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Meninggal seorang pegawai, profesional, wakil rakyat, menteri, ramai yang boleh menggantinya," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Tetapi, katanya apabila seorang ulama meninggal sukar untuk mencari gantinya.

Menurut beliau, ia memerlukan proses, penghayatan, pengalaman, pembinaan yang panjang untuk bergelar sebagai ulama yang hebat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menambah, kebiasaan manusia yang beriman dan berakhlak tidak akan mencerca orang yang sudah meninggal dunia walaupun orang itu fasik.

"Walaupun sewaktu beliau hidup mempunyai perbezaan pandangan dan berbeza ideologi politik.

"Apabila beliau meninggal tidak tergamak kita hendak ungkit kerja jahatnya. Lebih-lebih lagi beliau seorang alim dan soleh," ujarnya menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 26/7/2016

Share on Myspace