Peluang cerah PAS di Gual Ipoh pada PRU14

ASLANI M | .

TANAH MERAH: Dewan Undangan Negeri (Dun) Gual Ipoh mempunyai keunikan yang jarang ditemui di tempat lain.

Pada pilihan raya umum (PRU) 1990 dan 1995 Dun berkenaan dikuasai Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).

Tengku Alang Tengku Sulung menjadi Adun kawasan itu selama dua penggal.

Namun Semangat 46 dibubarkan pada 1996 Tengku Alang menyertai semula Umno.

Bermula dari situ Barisan Nasional (BN) kembali menguasai Dun berkenaan.

Namun Tengku Alang gagal mempertahankan kerusi Gual Ipoh pada PRU 1999 apabila dimenangi PAS melalui Mohd Kamil Haron.

Selama sepenggal Mohd Kamil memperkukuh kedudukan PAS di Gual Ipoh. Beliau berjaya membina tapak PAS di situ.

Gelombang reformasi yang tempias sehingga ke Gual Ipoh, berjaya menafikan penguasaan Umno di Dun berkenaan ketika itu.

Lapan tahun kemudian bekas guru, Wan Yusof Wan Mustapha (Gambar) sekali lagi berjaya mengagalkan penguasaan bekas Ketua Umno Bahagian Tanah Merah Datuk Hashim Safin di situ.

Sebelum itu beliau kecundang di gelanggang sama pada PRU 2004.

Biar pun Wan Yusof menang dengan majoriti sebanyak 1,663 undi pada PRU 2008, namun Umno melalui Bakri Mustapa berjaya merampas kembali Dun berkenaan pada PRU-13.

Berdasar kepada senario tersebut PRU14 bermakna Dun Gual Ipoh kemungkinan besar kembali semula ke pangkuan PAS. Apakah perkiraan itu bertapak di alam nyata.  - HARAKAHDAILY 26/7/2016

(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).

Share on Myspace