Lajnah Ekonomi PAS Perak ejen Kad Istiqamah

SALMIYAH HARUN | FOTO MOHD ALIFF | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Ekonomi PAS Perak hari ini menandatangani perjanjian persefahaman dengan Harakah bertujuan bagi memasarkan Kad Istiqamah di negeri itu.

Ini merupakan program pertama Harakah dengan kerjasama lajnah ekonomi peringkat negeri dan akan memperluaskan program ini ke seluruh negara.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop berkata, apabila model perniagaan yang diaplikasikan di negeri Perak berjaya dengan model yang sama Harakah akan memperluaskan ke negeri lain.

"Di mana pihak ekonomi negeri Perak akan memasarkan Kad Istiqamah ke seluruh negara secara eksklusif, dia sahaja boleh.

"Untuk memudahkan cara kita akan bekerjasama dengan Lajnah Ekonomi PAS Perak dalam menyediakan infrastruktur pemasaran, promosi dan juga kemudahan lain," katanya ketika ditemui pada Majlis Hari Raya Bersama Pengedar Harakah di sini, petang ini.

Katanya, dengan kerjasama itu mereka akan membawa ejen-ejenlajnah ekonomi dari lain-lain negeri yang semestinya berhubung dengan Perak terlebih dahulu.  

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Perak, Osman Masri berkata, perjanjian hari ini merupakan usaha untuk memasarkan Kad Istiqamah dengan lebih rancak yang memberi banyak kelebihan kepada Harakah dan PAS negeri.

"Di samping dapat digunakan kepada ahli PAS generasi muda kerana banyak informasi Harakah yang disiarkan.

"Dalam keadan sekarang  generasi sibuk di pejabat tidak ada masa untuk melihat surat khabar dengan 'smart phone' boleh ekses Harakah di mana sahaja, sambil 'traffic jam' pun boleh," katanya

Jelas beliau, pihaknya lebih memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk ahli supaya ianya sampai ke akar umbi melalui kawasan-kawasan.

"Misalnya, di Perak kita ada 24 kawasan parlimen, kita akan sasar semua kawasan. Sebab pemasaran ini mendatangkan dua manfaat untuk parti jana kewangan dan kepada ahli iaitu mendapatkan informasi melalui Kad Istiqamah," kata beliau. - HARAKAHDAILY 29/7/2016

Share on Myspace