Rahmat Islam dirasai apabila politik Islam ditegakkan

HARAKAHDAILY | .

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Ijtimak Pilihanraya PAS Terengganu.

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ  
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِين

Maksudnya:َ
"Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad saw) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya. Wahai orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang yang beriman." (As-Saf: 9-13)

Ayat bermula dengan tajuk Islam. Islam dibawa oleh Nabi, Islam yang syumul.

Adakah kerja politik yang kita buat ini sungguh-sungguh ada kaitan dengan Islam? Jawapannya: Ya.

Kerja politik adalah kerja penting. Ayat Quran tentang khalifah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُون
َ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". (Al-Baqarah: 30)

Khilafah ialah:

إقامة الدين و سياسة الدنيا به

Tegakkan agama dan urus dunia dengan agama.

Sifat fitrah malaikat tidak berpolitik. Mereka taat, tidak maksiat. Fitrah manusia boleh mengurus bumi dan semua yang ada di atasnya.

كانت بنو اسرائيل تسوسهم الأنبياء

Pemimpin politik Bani Israel ialah para Nabi.

Nabi Nuh berdakwah dan berpolitik, berdepan dengan golongan almala' (penguasa), Nabi Ibrahim berdepan dengan masyarakat dan kerajaan kufur. Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan kerajaannya. Nabi Muhammad SAW berdepan dengan penguasa Mekah dan memerintah Madinah.

Kita tidak mungkin dapat sampaikan rahmat Islam kepada seluruh alam kalau kita tidak berpolitik.

Dalam sirah Nabi, sangat banyak peristiwa politik yang dilakukan oleh Nabi.

Selepas Nabi, perjuangan Islam disambung oleh para sahabat. Dalam tempoh 80 tahun sahaja, Islam kuasai 3 negara besar dari 3 benua.

Fathullah Ghulan pemimpin tarikat Turki, berlindung di US. Ada pemimpin tarikat yang melumpuhkan gerakan jihad.
Tarikat sebahagian dari Islam. Pemimpin Islam yang faham, berjihad dan mereka juga bertasauf.

Dalam sirah, Nabi mendahulukan perjanjian Hudaibiyah dari melaksanakan umrah. Ini menunjukkan politik didahulukan dari umrah.

Ada perkara wajib muassa' (waktu luas) dan wajib mudhayyak (waktu sempit). Ada ibadat yang boleh ditangguh dan ada yang tidak boleh ditangguh.

Politik Islam dalam bahaya apabila syariat tidak tegak. Justeru, jihad jadi kewajipan. Dalam jihad itu ada aljuhdu-tenaga, aljahdu-kepayahan. Kesungguhan menggembleng tenaga, segala nikmat untuk memenangkan Islam.

Jihad ada fiqh seperti perkara lain ada fiqh.
Sahabat Nabi pergi berperang, tapi rakyat kemudiannya masuk Islam, kenapa?
Sahabat berjihad dengan adab, sehingga rakyat masuk Islam.

PAS ditubuhkan jadi mata rantai perjuangan Islam.

Peniaga Yaman masuk Tanah Melayu dengan adab Islam. Penjajah masuk negara umat Islam dengan perang. Mereka keluar tapi kekalkan kuasa.

Kita bertembung dengan rakyat jahil dan penguasa zalim. Pendekatan kita melalui demokrasi. Kita perlu kekuatan hujah dan kekuatan program kebajikan. Kita lawan kekuatan duit musuh setakat termampu.

Keikhlasan yang ada kepada orang faqir yang menyumbang untuk perjuangan adalah kekuatan rohani dalam perjuangan PAS.

Kekuatan hujah penting tapi mesti berhikmah. Ilmu sangat penting, kita menjinakkan, pendekatan dakwah sangat perlu.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيم
ٌ
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib." (Fussilat: 33-34)

Akhlak kita mesti lebih baik dari musuh.

Uslub dakwah dalam pilihan raya sangat penting.

Fiqh awlawiyyat - terangkan sistem Islam lebih baik, tidak membebankan rakyat dengan cukai yang banyak.

Cukai makin banyak, ekonomi makin teruk, kenapa?

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah menulis kepada pegawainya, tatkala pegawainya mengadu:
إن الله بعث محمدا داعيا ولم يبعث جابيا، عدلت او عزلت

Sesungguhnya Allah membangkitkan Nabi Muhammad sebagai penyeru kebaikan, bukan sebagai pemungut cukai. Samada engkau adil atau engkau dipecat.

Di Algeria, kumpulan Islam menang pilihan raya bandaran, tentera ambilalih. Di Mesir, Ikhwan menang, tentera rampas kuasa. Cabaran kepada gerakan Islam besar.

Kalau akar umbi kita kuat, Insya Allah tak tercabut.

Petugas kita kalau ada 12,000 orang, tak dapat dikalahkan. Yang hadir hari ini 4,000 orang, anggota di bawah ada ramai lagi.

Guna segala jentera yang ada untuk melawan musuh. Peranan Perantau juga penting.

Kita yakin kerja Islam kita berpahala.
 
siiru ala barakatillah

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri, Ketua Lajnah Media Baharu, DUPNT
TYDP PAS Kemaman
Dewan Tok Guru, Rusila.
Sabtu 30 Julai 2016
12.30 tengah hari

Share on Myspace