Kudeta 15 Julai di Turki seperti pengepungan Sarajevo

HARAKAHDAILY | .

AMINA Siljak Jesenkovic, seorang pensyarah di Universiti Sarajevo, menyatakan bahawa malam peristiwa rampasan kuasa tentera 15 Julai yang gagal di Turki mengingatkannya kepada pengepungan Sarajevo pada 1992 lalu.

"Tentera Yugoslavia menembak orang awam dengan senjata yang dibeli dari wang kami. Pada saat Turki mempunyai korban pertama di Jambatan Bosphorus, kami mempunyai korban awam pertama jambatan Vrbanja Sarajevo," kata Jesenkovic kepada Anadolu Agency.

Berbicara mengenai kehadiran Pertubuhan Pengganas Fetullah (Feto) di Bosnia, Jesenkovic berkata kumpulan Gulenist pertama kali aktif pada era 1990-an, ketika perang Bosnia.

Jaringan itu beroperasi di Bosnia dan Herzegovina sejak tahun 1998 dan mendirikan kemudahan pendidikan Bosna Sema pada tahun yang sama, katanya.

Sekolah sekutu Feto di Bosnia dan Herzegovina termasuk empat prasekolah, lima sekolah dasar, lima sekolah tinggi, dan satu universiti yang beroperasi di Sarajevo, Mostar, Bihac, Zenica dan Tuzla. [Islampos]

Share on Myspace