Tahniah Selangor juara Sukma 2016

HARAKAHDAILY | .

Sukma 2016 telah menutup tirainya semalam dengan majlis gilang gemilang di Stadium Sarawak. DACS Selangor mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh atlet Selangor yang telah berusaha bersungguh-sungguh sehingga bergelar juara keseluruhan bagi Sukan Malaysia (Sukma) kali ke-18 di Sarawak.

Selangor muncul juara buat kali kesembilan sejak temasya mula dianjurkan pada tahun 1986 dengan kutipan 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa tahun ini sekaligus menewaskan kontingen tuan rumah Sarawak di tempat kedua dan Terengganu tempat ketiga manakala Wilayah Persekutuan, juara dua tahun lalu di tempat keempat.

Pungutan keseluruhan atlet Selangor di Sukma kali ini sebanyak 195 pingat. Terima kasih kepada barisan jurulatih dan pihak pengurusan yang berjaya membimbing para atlet sehingga berjaya.

Semoga kejayaan ini terus membakar semangat para atlet Selangor untuk terus berjaya di masa hadapan dan seterusnya mempertahankan kejuaraan pada edisi kali ke-19 nanti, insyaallah.

Islam amat menyukai penganutnya yang berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan.

Jumpa di Sukma Perak 2018.

MUHAMMAD FADZLI ABU BAKAR
Pengarah Department of Arts, Culture and Sports (DACS) Dewan Pemuda PAS Selangor.

 

Share on Myspace