Harakah, Humaira jalin kerjasama wakaf al-Quran

SALMIYAH HARUN | FOTO MOHD ALIFF | .

BANGI: Humaira Publication Sdn Bhd sebuah syarikat yang sedang mencipta nama telah menjalinkan kerjasama perniagaan dengan Harakah dalam mengendalikan program Wakaf al-Quran.

Program Wakaf al-Quran bersama Harakah ini akan berjalan selama setahun di mana Harakah lebih menumpukan kepada promosi program itu melalui akhbarnya.

Manakala Humaira Publication yang merupakan salah satu anak syarikat Maghfirah Media Group akan membekalkan al-Quran kepada mereka yang memerlukannya.

Wakaf al-Quran ini bermula RM10 untuk satu lot di mana nilaian sebuah al-Quran adalah RM50, RM80 dan RM100 senaskah.

Wakal al-Quran ini akan disalurkan ke sekolah-sekolah tahfiz, madrasah, pondok pengajian dan lain-lain tempat pengajian yang memerlukan.

Pelancaran Wakaf al-Quran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob bersama Pengarah Urusan Maghfirah Group Mohd Shahrularifin Ab Manan dalam   Majlis Apresiasi dan Sambutan Aidilfitri Maghfirah Media Group di sini malam tadi. - HARAKAHDAILY 1/8/2016

Share on Myspace