Agensi pelaksana projek jangan ketepikan ADN

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Agensi pelaksana di Selangor diingatkan supaya tidak mengetepikan pandangan Ahli Dewan Negeri (ADN) sebelum melaksanakan sesuatu projek di kawasan mereka.

Menurut ADN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman, ia berikutan ADN lebih mengetahui aspirasi masyarakat dan kemudahan yang perlu diutamakan di kawasan masing-masing, lapor SelangorKini.
 
“Bermakna moral yang disebutkan di sini, kita boleh adakan rizab yang besar tetapi perlaksanaannya kena rujuk kepada ADN. Kalau tidak masalah takkan selesai,” katanya pada sesi perbahasan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-13 di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata, ADN juga tidak dimaklumkan status beberapa projek melibatkan kemudahan masyarakat setempat selain projek yang tidak bertepatan dengan masalah sebenar.

Antara projek yang dimaksudkan adalah Stadium Mini Paya Jaras, Pasar Bertingkat Paya Jaras dan jejantas lintasan kaki di Jalan Kuala Selangor yang menghubungkan TSB Commercial Centre.

“Bayangkan, bagaimana nak melintas di jalan utama empat lorong. Saya pernah lihat di depan mata seorang pejalan kaki meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan,” katanya yang juga Setiausaha PAS negeri.

Share on Myspace