Bantuan kewangan, latihan untuk belia minat pertanian

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Belia yang berminat menjadikan pertanian sebagai kerjaya berpeluang menerima bantuan kewangan tidak melebihi RM30,000.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib berkata, bantuan itu diberikan dalam bentuk peralatan bagi mereka yang sudah memulakan projek, lapor SelangorKini.

“Kita mahu membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti hasil projek diceburi,” katanya pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berhubung galakan kepada belia untuk menceburi bidang pertanian.

Zaidy berkata, tiga program utama turut diwujudkan bagi tujuan galakan termasuk Program Agro Generasi Muda (AGROGEMS), Program Ladang #SmartSelangor dan Kebun Komuniti.

“Bagi mereka yang belum memulakan projek pertanian, kita juga anjurkan seminar dan kursus latihan.

“Antaranya, Program Kursus Tanaman Berkonsepkan Fertigasi, Penternakan Kambing dan Ayam Pedaging, Penternakan Ikan Air Masin dan Tawar dan Penternakan Lebah Kelulut,” katanya.

Share on Myspace