Datuk Dzulkifli, SPRM jawatan panas

HARAKAHDAILY | .

Tahniah Datuk Dzulkifli Ahmad yang telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Beliau menggantikan Tan Sri  Dr Abu Kasim Mohamed bermula 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Beliau menjawat jawatan ini ketika iklim politik dan isu integriti begitu panas. Isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan pendedahan DOJ mengenai RM4 bilion pengubahan wang haram yang menggunakan instrumen kewangan di Amerika Syarikat. Kesemuanya isu yang mencabar untuk beliau hadap dan tekuni.

Memang track record pegawai SPRM di negara kita boleh dipuji memang terbukti dan teruji. Tetapi kuasa pendakwa tidak berada di tangan mereka. Ini yang menjadi halangan kepada mereka untuk bertindak kepada naga-naga besar. Saya kenal individu yang bekerja dengan SPRM yang mempunyai keazaman dan komitmen yang begitu tinggi  untuk mengatasi masalah rasuah di negara ini.

Rakyat mengharap dan mendoakan Allah SWT memberikan kekuatan dan keberanian kepada Datuk Dzulkifli Ahmad ketika menjalankan tugas.

Insya Allah majoriti rakyat akan bersama dengan beliau dan SPRM untuk memerangi rasuah.

USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang
28 Syawal 1437 / 2 Ogos 2016 - HARAKAHDAILY 2/8/2016

Share on Myspace