PAS temui Suhakam bela warga pendidik dipecat

MUHAMMAD ARIF ISMAIL | .

KUALA LUMPUR: Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) mengadakan lawatan ke Pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tengahari tadi.

Presidennya, Normala Sudirman berkata, beberapa isu dibawa dalam pertemuan tersebut bagi membela nasib golongan pendidik yang dipecat daripada tugas serta dinafikan hak mereka.

"Hari ini kita buat satu serahan memorandum berkaitan kes guru yang dipecat atas faktor kesihatan dan hak mereka dinafikan oleh KPM," kata Presiden Pendidik Ketika ditemui.

Kunjungan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum kepada agensi berkenaan bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam bagi membela nasib golongan guru yang dizalimi oleh kementerian.

Antara kandungan memorandum itu, Pendidik meminta Suhakam meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghentikan sebarang usaha menglibatkan guru dalam program yang berbaur politik.

Selain itu, kunjungan tersebut bagi mengetahui perkembangan terhadap kes Cikgu Hanimah Mohd Haniff dari Melaka yang dipecat dari tugas beliau kerana masalah kesihatan.

Walaupun pihak perubatan sudah memberikan pengesahan bahawa beliau masih boleh berkhidmat, tetapi perkara itu tidak dipandang oleh KPM. Begitu juga kes Cikgu Abdul Karim Deraman dari Kelantan.

Abdul Karim yang mengidap kemurungan juga mendapat pengesahan doktor, beliau masih boleh bekerja dan memorandum sudah dihantar kepada Suhakam, namun belum mendapat maklumbalas. – HARAKAHDAILY 3/8/2016

Share on Myspace