Setiap manusia wajib boikot zionis Israel - Liga Arab

HARAKAHDAILY | .

Pertubuhan Liga Arab menegaskan bahawa boikot terhadap zionis Israel adalah wajib bagi setiap manusia, bukan hanya bangsa Arab dan umat Muslimin, dalam rangka memberikan hukuman efektif terhadap negara penjajah Palestin.

Kenyataan itu dikatakan Sekretariat Agung Liga Arab untuk urusan Palestin, Said Abu Ali, dalam ucapan perasmian Persidangan ke-90 Liga Arab Persidangan di pejabat pusat organisasi ibukota Kaherah, semalam.

"Boikot penjajah zionis Israel bukan hanya tugas setiap orang Arab, melainkan semua orang yang percaya undang-undang dan hak asasi manusia di dunia ini. Sejarah membuktikan bahawa gerakan boikot adalah alat hukum berkesan untuk menghentikan sifat agresif penjajah zionis Israel," ujar Said Abu Ali.

Menurut Setiausaha Agung Liga Arab khusus masalah Palestin, organisasi antarabangsa BDS (The Boycott Divestment Sanction) memainkan peranan penting dalam tindakan boikot antarabangsa terhadap pendudukan Palestin, serta menyebarkan kesedaran di antara bangsa-bangsa di dunia mengenai penjajahan yang dilakukan zionis Israel.

Rancangan Liga Arab akan terus mengawal tindakan boikot antarabangsa dengan mengadakan kempen dan persidangan antarabangsa boikot produk-produk ekonomi zionis Israel. (Eramuslim)

Share on Myspace