Erdogan tuduh Barat sokong keganasan di Turki

HARAKAHDAILY | .

Presiden Recep Tayyip Erdogan, semalam menuduh Barat menyokong tindakan keganasan di Turki serta menyokong mereka yang mendalangi rampasan kuasa pada 15 Julai lalu.

Selama pidato di Kompleks Presiden di Ankara, Presiden Turki mengecam sekutu Barat mereka di negara itu dengan mengatakan rampasan kuasa yang gagal pertengahan Julai lalu merupakan senario tertulis dari luar, rujukan jelas bagi penglibatan kuasa asing.

"Malangnya, Barat menyokong keganasan dan berdiri bersama komplot rampasan kuasa," ujar Erdogan seperti dilaporkan Anadolu Agency.

"Rampasan kuasa ini bukan hanya sebuah tindakan yang dirancang dari dalam. Para pelaku bertindak melalui senario tertulis dari luar," tegas Erdogan.

Presiden Turki sebelumnya telah mengisyaratkan penglibatan kuasa asing dalam usaha rampasan kuasa, namun kenyataan semalam menjelaskan beberapa tuduhan terkuat yang diajukan oleh beliau melawan sekutu Barat Turki. [Islampos]

Share on Myspace