Barat cuba terbalik fakta kudeta gagal di Turki

HARAKAHDAILY | .

Para penyelidik senior berasal dari Sweden di Markas Penyelidikan Asia, Timur Tengah dan Turki di Sweden Institute, Michael Sahlin, menuding Barat sedang cuba menterbalikkan fakta mengenai kepimpinan Presiden Erdogan, selepas rampasan kuasa tentera yang disokong gagal pada pertengahan Julai lalu.

"Ia seolah-olah para pemimpin Kesatuan Eropah dan Barat hanya peduli tentang penangkapan yang dilakukan Erdogan selepas 15 Julai lalu, tanpa menunjukkan sikap apapun terhadap pergerakan rampasan kuasa yang dilakukan sebagian kalangan tentera," ujar Michael Sahlin dalam akhbar SVD terbitan semalam.

Senada dengan Michael Sahlin, penyelidik Turki dalam dasar keselamatan dan pembangunan, Ibrahim Kara, dalam akhbar SVD menyebut media Barat hanya tertumpu kepada pemecatan selepas usaha rampasan kuasa, daripada mengecam rampasan kuasa itu sendiri.

Menurut Ibrahim seharusnya Barat menunjukan sikap tegasnya terhadap rampasan kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dipilih melalui cara demokratik.

Perlu diketahui dalam wawancara dengan saluran CNN Turki pada Selasa (2 Ogos) malam, Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh Barat berada dan ikut menyokong tindakan rampasan kuasa gagal yang mengorbankan 246 orang, sebahagian besar dari kalangan awam. (Eramuslim)

Share on Myspace