TG Abdul Hadi pengerusikan mesyuarat Ulamak Sedunia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mempengerusikan satu mesyuarat pada Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan itu di Konya, Turki.

Beliau diberikan kepercayaan untuk menggantikan Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Dr Yusof Al-Qardhawi yang tidak dapat turut sama dalam mesyuarat itu; sebagai satu penghormatan buat beliau.

Persidangan yang berlangsung sejak 3 Ogos itu menyaksikan penganjuran beberapa siri seminar akademik serta membahaskan pelbagai isu ummah terutamanya di wilayah umat Islam tertindas seperti Palestin, Kashmir, Iraq dan Syria.

Semalam, Tuan Guru Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dalam satu seminar yang antara lain menyentuh isu Baitulmaqdis dan peranan ulama di tampuk pemerintahan, lapor web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia.

Share on Myspace