Kadar kelahiran di Syria turun 60% akibat perang

HARAKAHDAILY | .

Sebuah kajian terbaharu yang dilakukan Fakulti Perubatan di Universiti Damsyik menyatakan bahawa angka kelahiran di Syria menurun sebanyak 60%, akibat meletusnya perang di Syria sejak tahun 2011.

Dalam keterangan Dekan Fakulti Perubatan, Dr Salah al-Sheikh, kepada Sputnik mengatakan: "Banyak alasan yang menyebabkan turunnya angka kelahiran di Syria yang terkenal sebagai negara tersubur di dunia. Di antaranya adalah penghijrahan warga yang melarikan diri keluar negara, ataupun rendahnya angka perkahwinan di negara ini akibat keadaan ekonomi dan keselamatan yang tidak stabil".

"Pada semester awal tahun 2016 jumlah angka kelahiran di negara ini turun hingga 300,000 kanak-kanak, dan dijangka akan terus menurun akibat penghijrahan besar-besaran warga Syria ke luar negara, khususnya kaum muda yang melarikan diri dari perang," ujar Dr Salah al-Sheikh.

Tercatat pada enam bulan pertama pejabat Imigresen Syria telah mengeluarkan 828,000 pasport perjalanan bagi warga yang ingin melarikan diri ke negara-negara Eropah. Jumlah di atas belum ditambah pelarian lain yang pergi ke luar tanpa menggunakan pasport.

Perlu diketahui bahawa Syria dikenali sebagai negara tersubur di dunia dengan kadar kelahiran anak mencapai angak setengah juta orang pertahun, sebelum meletusnya revolusi Arab pada tahun 2011. (Eramuslim)

Share on Myspace