Presiden PAS ada maklumat menarik isu Turki

HARAKAHDAILY | .

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai maklumat dan analisis yang menarik berkaitan isu-isu di Timur Tengah dan cubaan rampasan kuasa di Turki, baru-baru ini.

Urusan Tuan Guru Presiden sebagai murabbi menyaksikan keluasan perjalanan beliau manakala peranan sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menemukan beliau dengan aktor-aktor penting geopolitik antarabangsa, memberikan beliau akses kepada maklumat dan perspektif eksklusif.
 
Umat Islam di Malaysia wajar cakna akan perkembangan-perkembangan ini. Bukan sahaja menjadi satu kewajipan untuk menunjukkan kebersamaan kita bersama masyarakat Islam antarabangsa  dalam isu-isu yang meruntuni ummah tetapi sebagai satu iktibar di dalam kita memelihara kepentingan Islam di negara kita sendiri.

Sering kali Tuan Guru Presiden mengulangi amaran jangan dibiarkan kuasa asing mencampuri urusan negara kita. Maka fahamilah bahawa sesungguhnya Tuan Guru Presiden melihat secara dekat bahana campur tangan kuasa asing apabila pemerintah di negara-negara umat Islam lalai dan cuai. Semoga Malaysia, dalam suasana kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan, kekal bebas dari campur tangan kuasa asing.
 
Saya dengan ini menjemput orang ramai untuk menghadiri Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana berkaitan Isu-Isu Timur Tengah dan Turki pada 14 Ogos di Dataran KUIZM Taman Melewar kelak dan mendengar sendiri pandangan dan analisa daripada YB Tuan Guru Presiden. Ini adalah satu peluang yang mesti dimanfaatkan dan tidak harus dilepaskan. Jumpa anda semua di sana, insya Allah.

NASRUDIN HASSAN
Ketua Penerangan PAS Pusat - HARAKAHDAILY 5/8/2015

Share on Myspace