TG Abdul Hadi ditemuramah TV Konya Turki

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kali ke-4 yang membuka tirai 3 Ogos lalu menyaksikan jadual padat naib presiden kesatuan itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sepanjang keberadaan di sana.

Memetik laporan web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia - Asia, beliau telah ditemuramah dalam satu rancangan bual bicara di salah satu saluran televisyen tempatan, Kanal 42.

Saluran televisyen Konya itu juga membuat liputan di samping menyiarkan rancangan bual bicara khas sempena persidangan yang telah menerima kehadiran dari dalam dan luar negara itu.

Terdahulu, Tuan Guru Abdul Hadi telah menyampaikan ucapan dalam satu seminar sempena persidangan itu serta mempengerusikan mesyuarat penuh bagi menggantikan presiden kesatuan itu, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang terpaksa kembali ke Dhoha, Qatar.

Sebelum ini, Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia itu pernah ditemuramah media antarabangsa lain seperti agensi berita Al-Jazeera serta media luar negara seperti negara-negara Arab malah negara jiran, Singapura.

Share on Myspace