'Teruk pergolakan dalaman kalau macam ni'

HARAKAHDAILY | .

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah melahirkan rasa terkejut dengan demonstrasi sekumpulan penyokong Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, hari ini.

"Saya ke persidangan Dun pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab daripada Allah dan rakyat.

"Terkejut, bila sampai di ruang dewan, kelihatan kain rentang tertulis 'kami sokong Ahmad Razif'," ujarnya menerusi laman facebook.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenapa demo itu dibenarkan di ruang dewan?

Katanya, apa yang hendak ditakutkan sehingga terpaksa dibuat banner kepada semua penyokong Umno BN dan Adun-Adun BN yang mahu masuk ke dalam dewan.

Bagi Ketua Penerangan PAS negeri itu, pelik sungguh, takut kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sampai begitu sekali.

"Kata OK tak ada apa-apa perbalahan, ribut dalam cawanlah, berbalah adik-beradiklah, teruk pergolakan dalaman kalau macam ni," ujarnya lagi.

Sidang Dun Terengganu hari ini yang berlangsung sehingga tengah hari berjalan lancar tanpa sebarang 'kejutan' sebagaimana yang digembar-gemburkan menerusi laman sosial sejak beberapa hari lalu.- HARAKAHDAILY 8/8/2016

Share on Myspace