Fitnah RM90 juta: Selesai di dunia dulu, sebelum akhirat

USTAZ IDRIS AHMAD | .

APA motif Sarawak Report yang melaporkan pimpinan Pas menerima RM90 juta daripada DS Najib. Ini yang ditunggu oleh PAS kerana selama ini hanya bermain daripada mulut ke mulut. Perkara ini berlegar di dalam komuniti masyarakat Cina, sehingga mereka begitu marah dengan Pas.

Saya dapat kesan dalam empat bulan yang lalu, apabila orang Cina di kawasan Parlimen Bukit Gantang memberi tahu saya ketika saya lepak di kedai kopi dengan mereka. Apabila saya tanya daripada mana mereka dapat.

Mereka beri tahu, ini perbualan kedai kopi sahaja. Saya beritahu kalau ada di dalam mana-mana tulisan, PAS mahu saman. Mereka menjawab tidak ada. Jadi susahlah, fasal tidak ada bukti bertulis.

Sekarang sudah ada bentuk hitam putih. Senang proses dan tindakan undang-undang diambil dan hendak membersih nama PAS selama ini.

Sebelum Mahkamah Akhirat, kita selesai Mahkamah dunia dulu. Golongan fitnah ini mereka tidak kisah sangat seksa akhirat. Mereka sudah kebal,hati mereka sikit tidak kisah soal dosa pahala. Pada mereka neraka bukan nampak pun.

Sarawak Report janganlah merosakkan jenama media kamu. Kalau sudah buat fitnah semacam ini, maka laporan yang benar pun orang kata tidak benar. Apabila fitnah tersebar dan sudah masuk ke dalam kepala otak orang ramai. Baru buat penjelasan ia hanya kecurigaan meluas.

Inilah tektik jahat yang dibuat oleh musuh Pas ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Naik dulu billboard fitnah, lepas itu baru turun. Ini tektik jahat. Jahat seperti..... Mungkin mereka satu guru yang mengajar tektik jahat ini.

Kepada mereka yang memiliki FB, Blog dan Wasap, kita perlu teliti untuk saman jika mereka pun setongkol dengan Sarawak Report untuk merosak imej Pas.

Golongan ini cukup anti Pas. Pada mereka biar BN Umno perintah daripada Pas memerintah. Inilah busuknya hati mereka. – HARAKAHDAILY 8/8/2016

Share on Myspace